Still a long way to go.... Miss my countryhome

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, April 24, 2009

Petunjuk

Friday, April 24, 2009 0
“Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” (QS. Al-Baqarah: 156).

Apa yang paling dicari setiap hamba di dunia ini? Tentunya petunjuk dari Allah SWT. Sebabnya ialah hidup dengan petunjuk Allah kita akan selalu merasa tenang, tidak terombang-ambing, tabah, dan sabar. Perasaan itu akan selalu setia menyertai hati dan pikiran, meskipun di saat di timpa musibah.

Di kala ditimpa musibah, tidak akan segera menyesalinya, apalagi mengutuknya. Sebab, selalu saja terasa bahawa apa yang sudah dimiliki adalah berasal dari Allah, sehingga pada waktunya akan kembali kepada Allah. Makanya, mulut dan hati akan mengiringi setiap musibah kecil atau besar dengan mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”.

Lagipun dalam Al-Qur’an seawalnya sudah dijelaskan bahwa manusia akan dicuba dalam hidup ini. Cubaannya dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Bagi orang-orang yang tabah ketika ujian itu diberikan, akan menjadi manusia yang berkualiti. Orang-orang itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Allah. Orang-orang seperti itulah yang disebutkan dengan orang-orang yang mendapat petunjuk (QS. Al-Baqarah: 157).

"Dari Ummu Salamah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun di antara orang-orang muslim yang ditimpa musibah, lalu dibacanya apa yang diperintahkan Allah: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahumma ajurni fi musibati, wakhluf li khairan minha." (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah SAW." (Hadis sahih riwayat Muslim)"

Kerana itu, kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha agar selalu hidup dalam petunjuk Allah. Usaha yang penting berupa menjauhi cara hidup yang dilarangNya, seperti berbuat zalim kepada orang lain. Sebab, orang-orang yang zalim disebutkan dalam Al-Qur’an tergolong dari orang yang tidak akan mendapat petunjuk Allah (QS. Al-Qasas: 50).


Friday, April 17, 2009

Skippin'

Friday, April 17, 2009 3
Petang tadi buat pertama kali aku keluar bersantai bersama Mariam di esplanade bersebelahan apartment kami. Sebelum ini aku telah berjalan-jalan bersama Yusuf di sekitar kawasan itu. Keluar bersama Yusuf cukup menggembirakan aku. Melihat telatah Yusuf membuatkan aku rasa bersyukur bergelar seorang ayah dan kawan pada masa yang sama. Cuma kadang-kadang agak kepenatan dibuatnya. Terutamanya apabila dia berkata,"Ayah....Usup nak ukung. Enat la". Kadang-kadang geli hati mendengarnya. Kadang-kadang geram pula rasanya. Bila keluar berlari-lari dia yang terkehadapan. Bila pulang dia yang terkebelakang. Kalau nasib baik bertenggek lah dia di atas bahu aku. Lebih baik lagi berdakap lah dia sambil tertidur di bahu aku. Ayah....ayah.....Usup....Usup....

Berbalik kepada "outing" pertama aku bersama Mariam. Kami telah bersama menjelajah kawasan taman ataupun mungkin hutan semulajadi di sini. Barangkali Parc de Gondoles yang mana aku pernah melihat papan tanda di sekitar kawasan apartment kami. Walaubagaimanapun kami tidak dapat menjelajah dengan lebih jauh lagi memandangkan waktu hampir Maghrib walaupun hari masih siang dan jam di tangan menunjukkan baru jam lapan. Lapan petang? Agak janggal aku menyebutnya ketika menaip nukilan ini.

Kelihatan pemandangan sekitar kawasan agak menarik. Penuh dengan bunyi-bunyian kicauan burung dan kuakan itik. Akan aku post gambar-gambar yang sempat aku ambil. Malah gambar "rodent" yang tidak pasti pada telahan aku. Besar bagaikan "beaver" walaubagaimanapun ekornya agak tirus seperti tikus tidak pipih dan besar seperti haiwan yang aku jangkakan. Sehingga ke rumah kami masih bertelagah antara "beaver" ataupun tikus air.

Outing ke sini tidak akan berhenti di sini. Aku berazam ingin membawa anak-anakku ke sini. Menjelajah denai sambil merehatkan telinga dan mata menikmati keindahan alam ciptaan DIA.

Wednesday, April 15, 2009

Ku kembali.....- Am Back!!!.....Je suis de retour

Wednesday, April 15, 2009 3

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini. Ku dahulukan dahulu gambar-gambar masakan Puan Mariam ku tersayang- Suluku.

Di sebelah kiri adalah Ayam Masak Kicap yang ditunggu sekian lama. Bukannya apa, tetapi masakan ini merupakan yang paling sempurna kerana menggunakan kicap yang menjadi kegemaran kami sekeluarga di Malaysia. Kicap Kipas Udang.




Di sebelah kanan pula adalah Sambal Ikan Bilis dengan kentang dihiris halus. Kegemaranku disebalik masakan yang ringkas. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ikan bilis yang enak seperti di Malaysia di sini agak sukar. Buat masa ini yang ada jenis ikan bilis dari Bumi Matahari Terbit- Jepun. Ikannya lebih halus dan agak mengejutkan bagiku kerana matanya yang agak berwarna berkilau-kilauan.

Akhir sekali, sumber serat bagi kami sekeluarga, salad dan mentimun yang direnjiskan dengan jus lemon.

Kami amat berterima kasih kepada sahabat kami dari Sheffield, saudara Amiruddin dan Asmah sekeluarga yang telah sudi membawa kicap dan ikan bilis daripada Bumi Angleterre (England dalam French). Tidak lupa juga bekalan Milo yang menjadi idaman kami terutama Puan Mariam ku.

Nota- Amiruddin sekeluarga telah bertandang ke teratak kecil kami pada 2 Avril -7 Avril 2009




 
◄Design by Pocket