Still a long way to go.... Miss my countryhome

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label Our Meal. Show all posts
Showing posts with label Our Meal. Show all posts

Wednesday, April 15, 2009

Ku kembali.....- Am Back!!!.....Je suis de retour

Wednesday, April 15, 2009 3

Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog ini. Ku dahulukan dahulu gambar-gambar masakan Puan Mariam ku tersayang- Suluku.

Di sebelah kiri adalah Ayam Masak Kicap yang ditunggu sekian lama. Bukannya apa, tetapi masakan ini merupakan yang paling sempurna kerana menggunakan kicap yang menjadi kegemaran kami sekeluarga di Malaysia. Kicap Kipas Udang.




Di sebelah kanan pula adalah Sambal Ikan Bilis dengan kentang dihiris halus. Kegemaranku disebalik masakan yang ringkas. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ikan bilis yang enak seperti di Malaysia di sini agak sukar. Buat masa ini yang ada jenis ikan bilis dari Bumi Matahari Terbit- Jepun. Ikannya lebih halus dan agak mengejutkan bagiku kerana matanya yang agak berwarna berkilau-kilauan.

Akhir sekali, sumber serat bagi kami sekeluarga, salad dan mentimun yang direnjiskan dengan jus lemon.

Kami amat berterima kasih kepada sahabat kami dari Sheffield, saudara Amiruddin dan Asmah sekeluarga yang telah sudi membawa kicap dan ikan bilis daripada Bumi Angleterre (England dalam French). Tidak lupa juga bekalan Milo yang menjadi idaman kami terutama Puan Mariam ku.

Nota- Amiruddin sekeluarga telah bertandang ke teratak kecil kami pada 2 Avril -7 Avril 2009




 
◄Design by Pocket