Berbalik kepada "outing" pertama aku bersama Mariam. Kami telah bersama menjelajah kawasan taman ataupun mungkin hutan semulajadi di sini. Barangkali Parc de Gondoles yang mana aku pernah melihat papan tanda di sekitar kawasan apartment kami. Walaubagaimanapun kami tidak dapat menjelajah dengan lebih jauh lagi memandangkan waktu hampir Maghrib walaupun hari masih siang dan jam di tangan menunjukkan baru jam lapan. Lapan petang? Agak janggal aku menyebutnya ketika menaip nukilan ini.
Kelihatan pemandangan sekitar kawasan agak menarik. Penuh dengan bunyi-bunyian kicauan burung dan kuakan itik. Akan aku post gambar-gambar yang sempat aku ambil. Malah gambar "rodent" yang tidak pasti pada telahan aku. Besar bagaikan "beaver" walaubagaimanapun ekornya agak tirus seperti tikus tidak pipih dan besar seperti haiwan yang aku jangkakan. Sehingga ke rumah kami masih bertelagah antara "beaver" ataupun tikus air.
Outing ke sini tidak akan berhenti di sini. Aku berazam ingin membawa anak-anakku ke sini. Menjelajah denai sambil merehatkan telinga dan mata menikmati keindahan alam ciptaan DIA.




3 comments:
When we heal the earth, we heal ourselves...
abg deeno yg tukang ambik video tu tak skippin' skali ke??? :))
haha.. bagus aktiviti senaman. mana gambar dak usup nih. yg sore latar tu pun kene interprem gak tau. :)
Post a Comment