Still a long way to go.... Miss my countryhome

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, March 6, 2009

At last got it!- Lors de la dernière l'a obtenu!

Friday, March 6, 2009

Subhanallah akhirnya dapat juga Titre de Sejour ku. Genap jam 10 pagi Jumaat di Prefecture Val de Marne bersebelahan Universiti Paris Est 12.

Selepas beratur hampir sejam dari jam 9 pagi akhirnya berjaya juga memiliki kad pengenalan ini. Kad ini nanti yang akan menjadi KP aku sepanjang tahun ini. Sebaik sahaja menemani anak-anak ku ke sekolah akupun bergerak terus ke Pejabat Prefecture mengikuti jalan kembali ke rumah. Setelah menaikki dua bas; 183 dan TVM, akhirnya tiba juga di Prefecture.

Agak geram saja hati ini apabila menikmati bangunan Prefecture yang agak moden ini. Bukan apa semua nampak canggih tetapi perkhidmatannya amat "jelik sekali"- menggunapakai kata2 Pak Budi yang bermain di fikiranku.

Inilah rupa kad yang menjadi igauan selama ini. Bukannya apa, resit sementara yang disimpan telah lama pun mati pada tanggal 6 Februari yang lepas.

Lebih geram lagi, cajnya adalah lebih mahal berbanding Mariam yang hanya membayar sebanyak Euro 55 sahaja. Agak cuak juga apabila mendengar kerani di kaunter (berbangsa India) berkata "trong euro". Aik.... 3oo ratus tu. Oleh kerana agak geram aku tanyakan kembali. Tapi kali ini dalam bahasa yang biasa ku pakai. English. Jawapannya sama. Dia mengatakan bahawa caj untuk status pelawat (accompanying visa- visiteur pass) memang begitu.

Terdetik dalam hatiku,"Ini lebih dari cukup untuk makan kami sekeluarga di sini. Kalau Jaliilah tidak uruskan dengan segera parah juga jadinya". Segera aku hubungi Mariam. Kesimpulannya kami yakin Jaliilah akan uruskan perkara ini dengan segera dan tanpa banyak soal. Inilah kad yang memastikan kehidupan kami di sini lebih teratur selain berserah padaNya. Ilahi.

2 comments:

reen said...

klasiknyerr..gambo id tu.. hehehe

D'No said...

Tu la pasal...cantik lagi IC lamer lagi. Kalau ikutkan tarikh mula kad pada Januari tu hari lagi. Ni dah bulan Mac....baru dapat.

Post a Comment

 
◄Design by Pocket