Still a long way to go.... Miss my countryhome

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, May 4, 2009

Innalillah- H1N1

Monday, May 4, 2009
Subhanallah Maha Suci Allah. Sesungguh setiap sesuatu yang dijadikanNya mesti ada sebab dan musababnya. Sekarang satu dunia dikejutkan dengan flu terbaru. Awalannya dikenali dengan nama "Swine Flu" tetapi sekarang dengan nama yang baru malah lebih spesifik- H1N1.

Alhamdulillah kami sekeluarga bersyukur ke hadrat Ilahi seperti yang kedengaran dari saluran berita televisyen France 24 (English Edition) dan Al Jazeera influenza terbaru ini adalah terkawal. Malah kami dikejutkan oleh berita dua hari lepas bahawa Perancis mempunyai dua (2) kes yang pasti (confirmed case). Dan satu kes pertama di Asia di Hong Kong.

Ya Allah kami memohon perlindungan denganMu dari malapetaka ini.

Walaubagaimanapun bagi memastikan keselamatan keluarga semua, kami telah berpesan kepada Aisyah dan Sarah agar memastikan kebersihan diri setiap kali di sekolah dan cuba menghindari sahabat handai yang mengalami masalah selsema. Bismillah jangan dilupa dan bukan hanya sewaktu mula makan sahaja.

Secara peribadi berita di sini memainkan propaganda apabila menyiarkan secara sensasinya apa yang terjadi di Mesir. "Swine Culling". Malah namanya juga telah berubah ke H1N1. Berulang-ulang kali menyatakan bahawa ianya bukan bawaan dari daging khinzir, "pork meat". Apa yang aku nampak ini hanya merupakan cara menjaga periuk nasi mereka.

Apa yang pasti dari saluran berita, flu ini telah terkawal. Tapi hakikatnya hanya Tuhan yang Maha Mengetahuinya. So do not let our guard down as yet. As mentioned by the spokeman of WHO, " ....we re only 10 days into this matter."

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket